~tiada tajuk~ bahagian 1

Petang itu cukup mendamaikan jiwa. Awan berarak lembut dan angin sepoi-sepoi bahasa cukup mendamaikan mana-mana jiwa yang berkocak. Namun itu semua tidak dapat menyembunyikan getaran perasaan antara dua jiwa.
                “Awak nak ke Batu Pahat? Untuk apa awak kesana?  Kenapa tiba-tiba sahaja. Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa mendadak sangat ni wak?”
                Dania memasamkan muka. Sukar untuk dia menerima hakikat berjauhan dengan buah hati tersayang. Baginya jarak antara Kuala Lumpur dengan Batu Pahat terlalu jauh. Macam-macam masalah boleh berlaku. Lagi-lagi jika buah hatinya dirampas orang ketiga. Menangis tak berlagu Dania nanti.
                “Saya ke sana bukan untuk selamanya sayang. Saya ke sana untuk latihan industri bagi semesta akhir saya. Janganlah masam muka macam ni. Tiga bulan saja sayang. Jangan majuk-majuk ya?” pujuk Zahirul.
                “Yang awak mengatal pilih kat Batu Pahat tu kenapa? Saya pun pergi latihan industri jugak, tapi tak adalah saya pilih tempat yang jauh dari KL ni. Lagipun rumah awak bukan dekat Batu Pahat kan? Kenapa awak pilih kat sana? Cuba awak jelaskan kat saya.” Dania masih tidak puas hati. Dalam fikiran Dania terbayang yang Zahirul ada wanita lain.
                Zahirul terdiam. Soalan itu terlalu sukar untuk dijawab. Dia sendiri tidak tahu kenapa tawaran itu yang diterima sedangkan banyak lagi tawaran lain di sekitar Kuala Lumpur. Gerak hatinya kuat mengatakan Batu Pahat adalah tempat yang paling sesuai untuk dia menenangkan fikiran walaupun dia tidak pernah sampai ke sana.
                “Awak, saya nak berdikari. Nak cari pengalaman baru. Lagipun lepas apa yang berlaku antara kita, saya perlukan ketenangan. Bagilah saya masa seketika untuk saya berehat.” ucap Zahirul
                Dania geram dengan Zahirul. Dia bangun dan terus berlalu pergi dari kawasan tasik itu. Baginya itu semua alasan yang dicipta Zahirul bagi mengelak darinya. Dania tahu, Zahirul tidak menyukai pertunangan yang diatur oleh ahli keluarga mereka. Memang semua rancangannya. Itu pun kerana dia tidak sanggup kehilangan Zahirul kepada wanita lain. Jangka masa mereka bersama hampir mencecah 11 tahun, namun Dania sendiri tidak mengerti kenapa Zahirul masih belum bersedia untuk serius didalam perhubungan. Dania buntu.

*********
                “Batu Pahat!! Batu Pahat!!” laung pemandu bas Mayang Sari itu.
                Zahirul tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara pemandu bas yang mengatakan  destinasinya. Zahirul bangun dan terus mengambil bagasinya lalu dia berjalan untuk turun dari bas.  Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pekan Batu Pahat. Dia tertinjau-tinjau kawasan sekeliling. Setahunya, dia akan dijemput oleh pihak hotel yang akan membawanya ke hotel namun dia tidak Nampak tanda-tanda ada pihak hotel disekitar kawasan stesen bas itu. Dia mengambil keputusan untuk bejalan-jalan dikawasan sekitar itu terlebih dahulu.
                “Laparnya perut aku ni. Patutlah pun, dah tengah hari rupanya. Makan dululah.”
                Zahirul ternampak restoran Marrybrown di sebelah stesen bas Batu Pahat itu. Lalu dia memutuskan untuk makan disitu.

Bersambung ~ ~ ~

P/S : Tolong Bagi Idea Untuk Tajuk Ye.. Tulis Di FB Sy.. Zahirul Zahar

Kesibukan Mengajar Aku..

Hai.. Apa khabar semua.. Hope anda semua sihat2 hendaknya.. Lamanya x menulis disini.. Maaf ye, sy sibuk sikit buat sementara waktu ni.. Disini juga sy ini memohon maaf kerana tidak dapat menyiapkan cerpen pertama saya.. ada yang bertanya pada saya bila cerpen itu hendak keluar.. Wah!!terima kasih sbb sudi baca blog saya ini.. demi tidak menghampakan anda semua, sy akan siarkan sedikit cerpen sy tuk anda.. ni kira sebagai pendahuluan ni.. hehe.. jangan upe komen aw.. komen kat fb sy.. n tolong bagi tajuk sekali k??

P/S : Rindu pada segala-galanya....

Aku Rindu Sayang Kamu Semua..

Lamanya aku tak bercerita.. Macam mana dengan beberapa post aku?? Okay kew tak?? Aku sebenarnya takut dengan apa yang aku tulis.. Takut tak diterima jew.. Yelah, aku ni manusia biasa, masih baru dalam bidang tulis menulis ni.. Insyaallah, aw tak ada aral melintang, aq akan siarkan cerpen tulisan aku yang pertama sekitar penghujung bulan ini.. Ikut pada perancangan awal, cerpen itu akan mengambil sebuah lagu tuk dijadikan jalan cerita.. Lagu yang pertama menjadi pilihan aku adalah lagu... Oppss!! Mana boleh bagi tahu.. Masih rahsia okay.. Tunggu jew hujung bulan ini.. Jangan lupa bagi nasihat tuk aku tau..

Bercerita tentang hati pula, masih sama.. Tak ada perubahan.. Dia makin jauh dari aku.. Tak pe ar.. Aku akan tunggu ko ye E.. Jgn wisau okay..

Mesti korg bosankan asyik cerita pasal ni jew.. Okay2, Aku tukar lak.. Kita cerita pasal cukai kerajaan atau goverment tax 6% untuk topup  bermula 15 september ni.. Pelik ar.. Kenapa selama ni x ada, npe bru skung bru ada.. Kenapa dari zaman mula-mula keluar dulu tak ada?? Aku bukan nak hentam kerajaan, cuma aku harap kerajaan boleh bagi alasan yang munasabah kenapa perlu ada semua tu..

Okaylah, sampai sini dulu aku tulis.. Len kali aku tulis lagi ye.. Bubye..

P/S : Ada yang tanya kenapa guna nama Zackrill Zainudin.. Aku saja nak guna nama glamor.. Haha..

Mencari Disini..

Ditulis Khas Tuk Insan Pertama Yang Mengajar Aku Erti Cinta.....E..

disini aku berdiri..
berteman hanya sunyi..
hidup aku sendiri..
bagai tak bererti..

disini aku berlari..
mengejar yang tak pasti..
mencari diri sendiri..
dalam gelita ini..

aku melangkah dalam longlai..
mencari arah, namun tiada arahnya..
mencari tujuan, namun apa tujuannya..
mencari sebab, namun tiada puncanya..
aku sendiri tiada jawapannya..

disini aku mencari..
dan akan terus mencari...

P/S : Akhirnya aku mengerti siapa kau pada aku E namun semuanya sudah terlambat...

Dedikasi Buat Hati..

sunyi, sepi dan gelita yang menyelubungi..
aku terus begini, sepekat gelita ini..
dan jalan ini jua yang harus aku tempuhi..

dikala malam menjelma..
aku penanti yang serupa..
ya.. aku mananti pungguk untuk jatuh ke riba..
aku menanti cinta yang tak kunjung tiba..

haruskah aku terus menanti..
terus melalui hari sepi..
masih mencari diri sendiri..
siapakah aku di dalam hati..
sehingga kini dikau masih menyepi..

utuskan jawapan agar aku tidak ternanti..
supaya hati tenang kembali...


P/S : Percubaan Pertama..Harap Korang Suka..Khas Tuk E Sebenarnya...

Lagu Sedih Tuk E

" Walau Ku Cuba Berganjak Meneruskan Hari...
Tapi Hati Masih Berpaut Semalam Lagi"

Hai.. Lamanya tak update blog aku ni.. Walaupun x ramai yang follow, tapi takpe.. Bak kata orang, pelan2 kayuh..

Kali ni aku nak share sikit ngan korang pasal seseorang yang aku gelarkan E.. Sebenarnya aku suka giler dengan budak E ni.. Aku dah couple ngan dia, tp aku rasa makin aku cuba dekat, makin dia menjauh.. Aku pun dah tak tau mcm mana aku nak buat lagi.. Aku sedar aku siapa.. Buat E, aku akan cuba teruskan hidup aku.. Namun hati aku cukup sukar melupakan diri kau E... Aku akan terus berdoa agar Allah menyatukan kita berdua..

Sambung sikit lagi pasal cerita HANTU BONCENG.. Cerita ni memang best.. Bukan cerita berat, cerita yang hanya tuk hiburan semata-mata dan berserta sedikit nasihat... Pada aku jalan cerita dia simple, tapi fun.. Lagi-lagi ditambah dengan Zizan, memang pecah perut ar dibuatnya.. Berbaloi kalau tengok kat wayang.

P/S : Apabila kita bercinta, Sentiasa ar mengerti bahawa ada hati yg benar-benar ikhlas mencintai kita..