Petang itu cukup mendamaikan jiwa. Awan berarak lembut dan angin sepoi-sepoi bahasa cukup mendamaikan mana-mana jiwa yang berkocak. Namun itu semua tidak dapat menyembunyikan getaran perasaan antara dua jiwa.
“Awak nak ke Batu Pahat? Untuk apa awak kesana? Kenapa tiba-tiba sahaja. Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa mendadak sangat ni wak?”
Dania memasamkan muka. Sukar untuk dia menerima hakikat berjauhan dengan buah hati tersayang. Baginya jarak antara Kuala Lumpur dengan Batu Pahat terlalu jauh. Macam-macam masalah boleh berlaku. Lagi-lagi jika buah hatinya dirampas orang ketiga. Menangis tak berlagu Dania nanti.
“Saya ke sana bukan untuk selamanya sayang. Saya ke sana untuk latihan industri bagi semesta akhir saya. Janganlah masam muka macam ni. Tiga bulan saja sayang. Jangan majuk-majuk ya?” pujuk Zahirul.
“Yang awak mengatal pilih kat Batu Pahat tu kenapa? Saya pun pergi latihan industri jugak, tapi tak adalah saya pilih tempat yang jauh dari KL ni. Lagipun rumah awak bukan dekat Batu Pahat kan? Kenapa awak pilih kat sana? Cuba awak jelaskan kat saya.” Dania masih tidak puas hati. Dalam fikiran Dania terbayang yang Zahirul ada wanita lain.
Zahirul terdiam. Soalan itu terlalu sukar untuk dijawab. Dia sendiri tidak tahu kenapa tawaran itu yang diterima sedangkan banyak lagi tawaran lain di sekitar Kuala Lumpur. Gerak hatinya kuat mengatakan Batu Pahat adalah tempat yang paling sesuai untuk dia menenangkan fikiran walaupun dia tidak pernah sampai ke sana.
“Awak, saya nak berdikari. Nak cari pengalaman baru. Lagipun lepas apa yang berlaku antara kita, saya perlukan ketenangan. Bagilah saya masa seketika untuk saya berehat.” ucap Zahirul
Dania geram dengan Zahirul. Dia bangun dan terus berlalu pergi dari kawasan tasik itu. Baginya itu semua alasan yang dicipta Zahirul bagi mengelak darinya. Dania tahu, Zahirul tidak menyukai pertunangan yang diatur oleh ahli keluarga mereka. Memang semua rancangannya. Itu pun kerana dia tidak sanggup kehilangan Zahirul kepada wanita lain. Jangka masa mereka bersama hampir mencecah 11 tahun, namun Dania sendiri tidak mengerti kenapa Zahirul masih belum bersedia untuk serius didalam perhubungan. Dania buntu.
*********
“Batu Pahat!! Batu Pahat!!” laung pemandu bas Mayang Sari itu.
Zahirul tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara pemandu bas yang mengatakan destinasinya. Zahirul bangun dan terus mengambil bagasinya lalu dia berjalan untuk turun dari bas. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pekan Batu Pahat. Dia tertinjau-tinjau kawasan sekeliling. Setahunya, dia akan dijemput oleh pihak hotel yang akan membawanya ke hotel namun dia tidak Nampak tanda-tanda ada pihak hotel disekitar kawasan stesen bas itu. Dia mengambil keputusan untuk bejalan-jalan dikawasan sekitar itu terlebih dahulu.
“Laparnya perut aku ni. Patutlah pun, dah tengah hari rupanya. Makan dululah.”
Zahirul ternampak restoran Marrybrown di sebelah stesen bas Batu Pahat itu. Lalu dia memutuskan untuk makan disitu.
Bersambung ~ ~ ~
P/S : Tolong Bagi Idea Untuk Tajuk Ye.. Tulis Di FB Sy.. Zahirul Zahar
Bersambung ~ ~ ~
P/S : Tolong Bagi Idea Untuk Tajuk Ye.. Tulis Di FB Sy.. Zahirul Zahar
No comments:
Post a Comment